![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_3ecfaa18f35347aa8b0c51241ffbe65f~mv2.png/v1/fill/w_960,h_1280,al_c,q_90,enc_avif,quality_auto/33391b_3ecfaa18f35347aa8b0c51241ffbe65f~mv2.png)
Penyediaan Pencuci Mulut
Menu: Sagu Gula Melaka
Pada amali minggu ini, saya telah bekerjasama dengan Amirah Nasuha untuk menyediakan pencuci mulut iaitu sagu gula melaka. Untuk menyediakan pencuci mulut ini adalah sangat mudah. Ini adalah kerana pencuci mulut ini tidak memerlukan sukatan air kerana akhirnya kita akan tapis dan buang lebihan air biji sagu yang telah di didihkan. Biji sagu juga akan dimasak sehingga jernih. Puding sagu gula melaka ini juga sangat nikmat dimakan apabila telah disejukkan. Saya juga turut berasa sangat gembira apabila tetamu jemputan bertanya kepada rakan saya iaitu siapa yang memasak sagu gula melaka ini dan mereka meminta resepi dan cara saya membuatnya. Jadi saya pun menceritakan apa yang saya lakukan dan kaedah-kaedahnya yang betul. Ini juga adalah dibawah bimbingan Dr Nad dan juga Puan Erna. Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa langkah untuk membuat sagu gula melaka ini.
Bahan-bahan Untuk Memasak Biji Sagu
· 250gram biji sagu
· 4 cawan air
· Sirap
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN BIJI SAGU
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_2ad7be25f43042d1b84dcfd12493fc7c~mv2.png/v1/fill/w_630,h_472,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_2ad7be25f43042d1b84dcfd12493fc7c~mv2.png)
- Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama beberapa minit.
- Didihkan air dan masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih.
- Biji sagu hendaklah sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup.
- Setelah siap, tutup api dan kacau rata sagu. Biarkan sehingga 5 minit dan lihat kembali adakah sagu telah bertukar jernih atau sebaliknya. Jika masih ada yang belum bertukar jenih maka didihkan semula sagu tersebut.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_cd54ac451e8247f78a4a4204f285229a~mv2.png/v1/fill/w_602,h_451,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_cd54ac451e8247f78a4a4204f285229a~mv2.png)
- Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambal dikacau untuk dibuang kanji.
- Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.
Bahan-bahan Untuk Manisan
· 80gram gula melaka
· 4sudu besar gula pasir
· ½ cawan air
· 1 helai daun pandan (simpulkan)
· 300 ml susu cair
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN GULA MELAKA
- Panaskan air di dalam periuk, masukkan gula melaka dan gula pasir secukup rasa.
- Masak sehingga air gula pekat.
- Masukkan daun pandan yang telah disimpulkan kerana daun pandan berfungsi untuk bau yang lebih wangi.
- Sejukkan dan hidangkan dengan susu pekat.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_7a6174b2a6294124baf7bbaa9c93ff13~mv2.png/v1/fill/w_469,h_500,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_7a6174b2a6294124baf7bbaa9c93ff13~mv2.png)
Penyediaan Front of House
Jawatan: Food & Baverage Supervisor
Pada amali minggu ini saya telah memegang jawatan sebagai seorang pengurus dimana saya memainkan peranan dalam menentukan pergerakkan yang akan berlaku di bahagian hadapan. Saya juga turut mengagihkan tugas kepada setiap rakan-rakan supaya segala kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Antara tugas yang terdapat pada hari tersebut adalah, mengosok kain alas meja, mengosok kain untuk kerusi, melipat kain napkin, dan menyusun pinggan, sudu dan cawan. Pada minggu ini juga saya turut membeli kain untuk dijadikan hiasan pada kerusi tetamu. Saya juga turut menghantar kain ke kedai untuk dijahit tepi bagi mengemaskan kain yang digunakan. Saya juga turut belajar cara untuk menyusun pinggan, sudu dan cawan dengan betul. Saya juga turut mempelajari bagaimana cara untuk menghidangkan makanan kepada tetamu dan cara mengangkat pinggan dari meja tetamu. Ini adalah sangat penting supaya tetamu berasa sangat selesa akan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Akhir sekali, saya juga mempelajari cara untuk memesan makanan kepada pekerja di back of house.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_c0a5a641ab334e55aff6705e92ae735e~mv2.png/v1/fill/w_373,h_498,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_c0a5a641ab334e55aff6705e92ae735e~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_33287dd02031490a8d12830d437f5286~mv2.png/v1/fill/w_373,h_498,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_33287dd02031490a8d12830d437f5286~mv2.png)
Rajah 1: Melipat kain napkin dengan pelbagai bentuk yang menarik untuk dibentangkan kepada tetamu selepas mereka duduk.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_1604934a85c8411f99161701180ddef7~mv2.png/v1/fill/w_319,h_425,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_1604934a85c8411f99161701180ddef7~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_ceb026e132df4263bdfc184c6496492d~mv2.png/v1/fill/w_319,h_425,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_ceb026e132df4263bdfc184c6496492d~mv2.png)
Rajah 2: Kain perlulah dilipat terlebih dahulu sebelum diikat dengan ikatan reben pada kerusi tetamu.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_0c44c3f4dc25410cb67ba2340d39c990~mv2.png/v1/fill/w_327,h_435,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_0c44c3f4dc25410cb67ba2340d39c990~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_9d94b23f366e4e7b8872694769d44248~mv2.png/v1/fill/w_325,h_433,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_9d94b23f366e4e7b8872694769d44248~mv2.png)
Rajah 3: Hiasan yang telah dilukis sebagai petunjuk kepada tetamu yang akan hadir untuk menikmati makanan yang disediakan di Nero E Di Classe
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_19380cf6061d4fb198f88222ecb949a8~mv2.png/v1/fill/w_372,h_496,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_19380cf6061d4fb198f88222ecb949a8~mv2.png)
Rajah 4: Setelah siap mengosok kain alas meja, kain napkin juga perlu digosok supaya ianya kelihatan kemas.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_ec2a55b3186e44cdb85278d5537c2268~mv2.png/v1/fill/w_364,h_486,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_ec2a55b3186e44cdb85278d5537c2268~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_113be0c2b8aa4fd7bde0d2f9a4ef42b7~mv2.png/v1/fill/w_364,h_485,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_113be0c2b8aa4fd7bde0d2f9a4ef42b7~mv2.png)
Rajah 5: Menyusun pinggan, sudu dan cawan di atas meja dengan cara yang betul.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_d2a36ebc673640d0bcf1b6a42c759e99~mv2.png/v1/fill/w_344,h_458,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_d2a36ebc673640d0bcf1b6a42c759e99~mv2.png)
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_783da160377b486e85b1089a4d8678db~mv2.png/v1/fill/w_347,h_463,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_783da160377b486e85b1089a4d8678db~mv2.png)
Rajah 6: Hasil akhir sebelum ketibaan VIP dan tetamu.
Penyediaan Makanan Freemeal
Menu: Nasi Kerabu
Pada amali minggu ini pula saya telah diberi tanggungjawab iaitu untuk mengoreng ikan. Menu masakkan pada minggu ini adalah Nasi Kerabu. Selain itu, pada minggu ini juga saya turut membantu rakan-rakan dalam menyediakan makanan freemeal untuk diagihkan kepada pelajar pendidikan dan pelajar yang berada di Kolej Rahman Putra. Oleh itu, saya akan menceritakan langkah-langkah kerja yang dilakukan semasa saya mengoreng ikan.
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN IKAN SELAR GORENG.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_23851f6f4d2d4e398bfb6a28611470ae~mv2.png/v1/fill/w_367,h_447,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_23851f6f4d2d4e398bfb6a28611470ae~mv2.png)
- Ikan selar mestilah disiang dan ditoskan sehingga kering.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_89ffe0c57b13433aacbd542b42cd282a~mv2.png/v1/fill/w_253,h_397,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_89ffe0c57b13433aacbd542b42cd282a~mv2.png)
- Sediakan pes berempah segera untuk disalutkan bersama ikan selar.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_ceffa6852f9d4adc8fbcf361c749df98~mv2.png/v1/fill/w_592,h_488,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_ceffa6852f9d4adc8fbcf361c749df98~mv2.png)
- Perapkan ikan selar selama beberapa minit untuk memastikan ikan selar tersebut dapat menyerap pes rempah tersebut.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_4780519d871449e382de41bbc1f423a4~mv2.png/v1/fill/w_473,h_492,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_4780519d871449e382de41bbc1f423a4~mv2.png)
- Panaskan minyak pada jumlah 3 liter bagi memastikan ikan selar tersebut masak dengan sempurna.
![](https://static.wixstatic.com/media/33391b_4bdaaf28b8484cddb5d4b6250edd238b~mv2.png/v1/fill/w_339,h_375,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/33391b_4bdaaf28b8484cddb5d4b6250edd238b~mv2.png)
- Ikan selar yang telah siap digoreng dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi kerabu fusion.
Comentarios