HANISAH BINTI ABD WAHAB
A18PP0035
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_80346e2c043842b1b380b6ad0e31b6b5~mv2.jpg/v1/fill/w_450,h_598,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/e94893_80346e2c043842b1b380b6ad0e31b6b5~mv2.jpg)
REFLECTIONS: DINE IN A BUMBUNG MELAYU RESTAURANT
Pada 19 Disember 2021 (Ahad) merupakan hari pertama kelas saya menjalankan amali masakan untuk subjek SPPL 2142 Operasi Perkhidmatan Makanan. Pada amali kali ini adalah amali daripada kumpulan Dine A dimana mereka melakukan amali masakan yang bertemakan Bumbung Melayu. Antara menu yang disediakan ialah air telaga magika, rojak gunung banang, sup cendawan rawa, nasi goreng kampung seri bunian, puding sagu gunung ledang dan kopi dan teh. Menu yang disediakan juga sangat sedap dengan keunikan nama yang menarik sesuai dengan tema bumbung melayu. Pada amali Dine A, saya tugaskan sebagai back of house iaitu di bahagian dapur. Saya ditugaskan bersama rakan saya iaitu Farhana untuk menyediakan menu utama nasi goreng kampung seri bunian. Alhamdulliah secara keseluruhan penyediaan yang dilakukan baik dan saya dapat membantu rakan saya untuk menyediakan menu tersebut sehingga selesai. Saya juga dapat belajar untuk membuat nasi goreng kampung seri bunian. Selain itu, saya ditugasakan untuk menjadi tetamu disebuah restoran. Dari situ, saya dapat belajar bagaimana service yang perlu dilakukan kepada tetamu disesebuah restoran. Alhamdulillah Kerjasama antara rakan sekelas memainkan peranan penting sehingga amali selesai. Oleh itu, segala ilmu pengetahuan yang diperolehi berkaitan bagaimana operasi sesebuah restoran akan saya cuba terapkan pada masa akan datang.
REFLECTIONS: DINE IN B BLACK & CLASSY RESTAURANT
Pada 26 Disember 2021 (Ahad) merupakan amali untuk kumpulan Dine B iaitu daripada kumpulan saya sendiri. Pada amali kali ini saya tidak dapat bersama dengan kumpulan saya untuk hari kejadian atas sebab-sebab tertentu. Walaupun saya tidak bersama dengan ahli kumpulan saya pada hari kejadian, tetapi sebelum kejadian saya ditugasakan untuk menyediakan menu puding triffle. Saya juga telah menyediakan bahan apa yang diperlukan serta peralatan yang diperlukan dalam penyedian puding triffle sebelum saya serahkan tugas ini kepada ahli kumpulan saya iaitu huda amani. Selain itu juga, pada hari kejadian saya akan berada di bahagian front of house tetapi saya tidak dapat bersama ahli kumpulan saya. Sebelum kejadian, saya juga membantu dari segi bagaimana untuk membuat cara lipatan kain pada atas meja. Dine B ini bertemakan black and classy justeru nama restoran yang diberikan Nero e di classy. Menu-menu yang disediakan juga adalah berasaskan kepada makanan western iaitu mangos prawns salad, creamy pumpkin soup with crouton, spaghetti aglio e olio with grill black pepper chicken, puding triffle, dan sparkle lemonade soda. Alhamdulliah secara keseluruhanya amali ini dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama daripada rakan sekelas.
REFLECTIONS: FREEMEAL BY SAADONG CAFÉ
Pada 2 januari 2022 (Ahad), merupakan amali untuk kumpulan freemeal daripada Saadong Cafe. Antara menu yang disediakan untuk freemeal kali ini ialah nasi kerabu, rendang ayam, ulam-ulaman, tutty fruity puff, teh o, keropok keping dan ikan selar goreng. Menu yang disediakan juga berasaskan kepada makanan disebelah timur. Pada amali kali ini, saya ditugaskan untuk menyediakan nasi kerabu. Apa yang saya perolehi melalui freemeal kali ini saya dapat belajar membuat nasi kerabu dengan sendiri walaupun dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Ini kali pertama saya menyediakan nasi kerabu bersama rakan saya iaitu Huda dan Hakimi. Pati nasi kerabu yang digunakan adalah pati semula jadi daripada bunga telang. Alhamduillah nasi kerabu yang disediakan menjadi dengan baik walaupun kami bertiga pertama kali melakukanya. Freemeal ini dilakukan sebanyak 120 pax. Saya juga dapat belajar bagaimana untuk menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah satu tugasan untuk kami menguruskan dengan sendiri operasi penyediaan makanan. Akhir sekali, Segala kerjasama dan tanggungjawab mengikut tugasan masing-masing dapat berjalan dengan lancar daripada rakan sekelas. Segala ilmu yang diperolehi sepanjang penyediaan freemeal ini, saya akan cuba terapkan pada masa akan datang.
Comments