top of page
Search

Refleksi Wan Nur Shakirah

WAN NUR SHAKIRAH BINTI WAN MOHD SHAFEE

A18PP0212

Pada minggu ini, saya ditugaskan dalam Team Kitchen (bahagian dapur). Antara hidangan yang disediakan oleh team kami ialah Mango Salad (appetizer), Pumpkin Soup (soup), Spaghetti Aglio e Olio with Cajun Chicken (main course) dan Truffle Pudding (dessert). Saya bersama Farah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan main course yang sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada kami memandangkan hanya kami berdua bersama seorang pembantu menyediakan hidangan terpenting dalam Fine Dining. Fokus saya adalah menyiapkan Cajun Chicken manakala Farah menyediakan Spaghetti Aglio e Olio. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur.

Sebelum amali dimulakan, kami telah dikhabarkan bahawa bahan tidak perlu ditimbang terlebih dahulu, hanya perlu diagak sukatannya. Sebagai seorang pelajar yang kurang pengalaman dalam masakan, agak sukar buat kami untuk berbuat demikian. Ini kerana kurang keyakinan dan ilmu dalam masakan. Namun begitu, penolong pegawai penyediaan makanan sentiasa memantau dan memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya sepanjang amali berlangsung. Selain itu, ilmu baharu yang saya pelajari ialah memotong bawang Holland secara chiffonade menggunakan pengisar (pemilihan bilah pemotong dan cara yang betul). Di samping itu, kami juga belajar untuk merancang dan membahagikan masa agar hidangan dapat disiapkan mengikut ketetapan waktu.

Untuk hasil masakan Cajun Chicken, saya agak berpuas hati dengan teksturnya. Jika dilihat secara fizikal ayam berwarna perang, empuk dan juicy menandakan ayam telah dimasak dengan sempurna. Namun begitu, rasanya sedikit masin. Hal ini mungkin disebabkan oleh penggunaan serbuk Cajun dan garam yang berlebihan untuk perapan ayam. Bagi mengurangkan rasa masinnya, kami mengoleskan permukaan luar ayam dengan campuran madu dan mentega. Selain untuk memberikan sedikit rasa manis, ia dapat mengimbangi rasa masin pada ayam.

Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dan teruja kerana hidangan makanan daripada pasukan kami dapat disediakan dengan jayanya. Kesemua ahli kumpulan juga memberikan Kerjasama yang amat baik dan setiap ahli bersungguh-sungguh menyiapkan setiap tugasan yang ditetapkan. Walaupun saya hanyalah merupakan pelajar tumpangan di dalam seksyen ini, tetapi saya sangat seronok kerana diberi peluang untuk menyertai mereka dan kehadiran saya disambut dengan tangan terbuka oleh Dr Nadzira dan rakan-rakan dari seksyen ini. Diharapkan kesilapan dan kekurangan daripada amali pada hari ini dapat ditambahbaik pada kelas yang akan datang.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by My Site.
DO NOT COPYRIGHT

bottom of page