top of page
Search

Refleksi Ayshaherah

AYSHAHEERAH BINTI ABDUL GHANI

A18PP0019


Reflections: Dine in A – Bumbung Melayu Restaurant

Amali masakan pada semseter ini kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Dine-in A, Dine-in B & Free meal. Saya telah memilih kumpulan dine-in B. Pada minggu ini, kumpulan dine-in A iaitu Bumbung Melayu Restaurant ditugaskan untuk menjalankan perniagaan mereka. Didalam sebuah perniagaan restaurant, terdapat beberapa bahagian yang penting iaitu "Front of House" (FOH) & "Back of House" (BOH). Setelah perbincangan dilakukan, saya ditugaskan untuk menjadi FOH dimana saya perlu setup bahagian depan restauran untuk para tetamu yang akan hadir.

Hasil pembelajaran di FOH saya dapati adalah pengurusan FOH sangat penting bagi menghias restauran dengan kelengkapan dari segi alas meja, kerusi, susun atur kulteri yang akan digunakan mengikut hidangan menu. Selain itu, saya juga dapat belajar tata cara dan susunan yang betul bagi kulteri di atas meja. Sepanjang persiapan FOH saya juga mempelajari cara untuk melipat napkin untuk tetamu. Pelbagai bentuk lipatan napkin tetapi untuk mengelakkan konsep Bumbung Melayu, saya belajar utnuk melipat napkin berbentuk segi 3.

Selepas persiapan dilakukan, masa untuk menjalankan perniagaan. Saya dan beberapan rakan lain pula menjadi tetamu seperti yang dirancangkan. Pengalaman menjadi seorang tetamu, saya dijamukan dengan makanan yang berasaskan kemelayuan. Dari segi persembahan yang menarik dan rasa yang sedap. Selain itu, saya tertarik dengan air bunga telang yang perlu mencampurkan jus lemon kedalamnya untuk menaikkan rasa masam dan manis.

Secara keseluruhannya, saya telah mempelajari banyak kemahiran di FOH sebelum menjalankan perniagaan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang ada, saya akan mengaplikasikan semula pada masa yang akan datang.



Reflections: Dine In B – Nero e di Classe Restaurant

Saya adalah salah seorang ahli daripada kumpulan Nero e di Classe Restaurant. Pada minggu berikutnya, kumpulan saya akan menjalankan perniagaan restaurant kami. Pada saat perbincangan tentang konsep, hiasan dan hidangan yang akan dilakukan. Kami telah menukarkan Black & Classy Restaurant kepada Nero e di Classe membawa maksud yang sama. Nero e di Classe melambangkan kemewahan dan menunjukkan klas yang tersendiri pada restaurant yang akan kami jalankan. Perbincangan menu juga dilakukan bersama Puan Erna untuk mendapatkan bahan mentah dan kuantiti yang diperlukan.

Pada minggu ini, saya dan beberapa ahli yang akan menguruskan persiapan di BOH. Manakala, Faisal sebagai wakli dan pengurus FOH yang akan mengetuai petugas lain untuk menghiaskan FOH. Semasa di BOH, saya telah mengaplikasikan semua kemahiran saya yang pernah dipelajari semasa tahun 2. Saya tidak kekok untuk membuat mise en place. Saya juga adalah penyelia BOH sentiasa memastikan ahli saya dalam keadaan terkawal dan baik. Sepanjang penyediaan menu, saya banyak berkomunikasi bersama ahli dan pembantu masak saya. Saya dan ahli saling membantu untuk penyediaan menu agar menu-menu yang keluar dalam keadaan baik dan hygiene. Dengan bantuan Puan Erna, turut berkongsi pendapat tatacara untuk menghias menu diatas pinggan dan tampak lebih Classe.

Semasa perniagaan mula dijalankan sekiran 2:00pm, di BOH hanya ahli kumpulan Nero e di Classe sahaja yang menguruskan hidangan. Ketika ini, semua pergerakan kerja perlu pantas dan turut saling bantu membantu untuk menghias hidangan di atas pinggan.

Akhir sekali, kemahiran-kemahiran ini saya akan mengaplikasikan di masa akan datang dan dapat berkongsi bersama anak didik di sekolah kelak.



Reflections: Freemeal – Saadong Café

Amali masakan kali ini adalah untuk kumpulan freemeal by Saadong Cafe. Kami semua ditugaskan untuk menyediakan menu yang telah diberi oleh kumpulan Saadong Cafe. Saya ditugaskan untuk menyediakan dessert iaitu fruity puff.

Sepanjang penyediaan bahan dilakukan, saya diberi peluang untuk menyediakan pudding custard. Untuk membuat pudding custard ini memerlukan kemahiran yang cepat dan cekap semasa mengacu bahan. Kerana jika tersilap atau terlepas semasa memasukkan tupung custard kedalam didihan air, custard akan menjadi ketulan dan tekstur tidak licin. Saya sentiasa mengacu kesemua bahan, terdapat juga ketulan kerana kurang kelajuan semasa mengacu. Sebagai solusi daripada masalah yang berlaku, Puan Erna mencadangkan untuk memindahkan adunan ke periuk lain dengan menapis adunan tersebut. Sambil menuangkan aduanan, sambil menapis dan saya menakan pada penapis suapaya tiada ketulan tadi.

Setelah kesemua menu siap disediakan, masa untuk membungkus dan diedarkan kepada semua pelajar. Saya bantu untuk membungkus dessert dan menghantarkan kepada bahagian pengagihan. Selepas kesemuanya dibungkus mengikut kuantiti yang diperlukan, saya mengemas semua stesen kerja bersama rakan kumpulan. Saya juga bersiap sedia berada di koridor restaurant bunga lawang bersama bungkusan makanan untuk diedarkan kepada pelajar yang ada di fakulti.

Akhir sekali, pengalaman ini adalah kali kedua menjalankan amali freemeal di makmal masakan. Saya juga mempelajari teknik dan kemahiran dalam menyediakan menu dalam kuantiti yang banyak. Dengan adanya teknik dan kemahiran ini, saya berharap dapat berkongsi dan menggunakannya di masa akan datang kelak.


0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by My Site.
DO NOT COPYRIGHT

bottom of page