top of page
Search

Refleksi Daniel Fitrie

DANIEL FITRIE BIN MOHD SAMRI

A18PP0026

Reflections: Dine A

Pada minggu ini, saya ditugaskan untuk melaksanakan tugasan berkaitan dengan kerja-kerja amali SPPL2142 Operasi perkhidmatan makanan. Pada hari kejadian, saya ditugaskan untuk membantu kumpulan dine A. Saya diberikan tugas sebagai Front of House di sebuah restoren. Dimana, saya mempelajari cara mengendalikan hal berkaitan Front of House. Antara perkara yang saya lakukan adalah melipat napkin, meyusun susun atur meja dengan kedudukan sudu, napkin dan lain-lain. Selain itu, Saya juga perlu memastikan keadaan sentiasa bersih di bahagian ruang layanan. Seterusnya, saya juga menjadi salah satu pelanggan yang akan menikmati hidangan yang telah disediakan oleh kumpulan dine A.


Reflections: Dine B

Pada amali minggu ini, saya dan ahli kumpulan telah diberikan tugasan untuk mengendalikan konsep dine-in dengan bertemakan Nero e di Classe yang bermaksud black and classy. Kami terdiri daripada 6 orang ahli dan dibantu oleh tenaga pengajar Pn. Erna dan penyelia Ayshaheerah bagi back of house kitchen Nero e di Classe Restaurant. Bagi back of house kami perlu menyediakan 5 course meal + 1 coffee & tea. Setiap hidangan perlu menyediakan kuantiti sebanyak 15 hidangan untuk para tetamu yang hadir. Dalam tugasan ini, saya ditugaskan di Back of House bagi penyediaan hidangan appetizer adalah Mango Prawn Salad yang disediakan oleh saya sendiri dan dibantu oleh Ridhwan yang akan memudahkan lagi proses penyediaan makanan.


Free Meal Reflection

Pada amali yang terakhir adalah penyediaan freemeal yang dikendalikan oleh kumpulan Saadong cafe. Dalam amali ini, saya telah ditugaskan oleh Aifa untuk membuat dessert iaitu tutty fruity puff. Dengan resepi yang telah diberikan oleh Aifa, saya perlu menyediakan pelbagai bahan yang perlu digunakan. Antaranya, saya perlu menyediakan buah-buahan yang akan digunakan dengan mengikut kuantiti yang telah diberikan. Selain itu, buah yang digunakan ini akan dipotong tidak melebihi dan tidak kurang. Teknik pemotongan perlu betul supaya buah tidak menjadi lembik. Buah yang dipotong ini akan disimpan dahulu di dalam chiller. Kemudian, penyediaan tutty fruity dilakukan dan dibungkus untuk diagihkan. Perkara yang paling penting sesebuah kejayaan adalah semangat kerja berkumpulan yang telah diberikan oleh semua orang.

0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by My Site.
DO NOT COPYRIGHT

bottom of page