top of page
Search

Refleksi Farah Ayumira

FARAH AYUMIRA AZAMI

A18PP0029


REFLECTIONS: DINE IN A BUMBUNG MELAYU RESTAURANT

Pada hari Dine A berlangsung, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang belum pernah saya ada sebagai pelayan restoran walaupun saya hanya berperanan sebelum restoran beroperasi. Walaubagaimanapun, saya tetap memperolehi banyak ilmu baharu dalam membantu menyusun sudu dan garfu serta, membasuh pinggan dan menggosok kain bagi dibentangkan di atas meja. Saya juga mengambil segala kebaikan dan teladan hari kejadian bagi membantu saya dan ahli kumpulan yang lain untuk bersiap siaga bagi menjadikan Dine B pada minggu hadapan berjalan lancar.


REFELKSI DINE IN B: NERO E DI CLASSE

Pada minggu ini saya telah ditugaskan bagi menyediakan makanan utama (main dish) bagi Dine in B yang bertemakan Black and Classy iaitu makanan berkonsepkan makanan barat. Saya telah ditugaskan bagi membuat spagetti aglio olio with grill blackpepper chicken yang mana agak mencabar bagi saya. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengendalinya. Namun, dengan bantuan kawan-kawan, pensyarah dan pengajar, saya mampu melakukannya. Sampainya saya di makmal masak, saya memulakan dengan membuat perapan ayam sebelum dibakar. Ia bagi memastikan perapan diserap serata. Kemudian, saya dan rakan-rakan membuat persiapan bahan-bahan bagi spaggeti aglio olio. Namun saya sedari telah melakukan kesalahan apabila telah merendam cendawan segar dan ia jika dibiarkan akan menyebabkan spagetti agak basah dan berair apabila digoreng. Namun kesalahan tersebut dapat di atasi apabila saya menggoreng cendawan tersebut dengan menggunkaan sedikit butter sahaja sehingga airnya kering. Setelah kesalahan itu di atasi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan jayanya. Saya gembira kerana diberi kepercayaan bagi membuat main dishes dan saya amat yakin akan menggunakan segala ilmu saya perolehi ini di masa akan datang. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pembantu saya, Hanis dan Wan Syakirah kerana membantu dalam melancarkan segala gerak kerja sepanjang hari kejadian.


REFLECTIONS: FREEMEAL BY SAADONG CAFÉ

Pada amali ketiga yang merupakan amali terakhir ini saya telah ditugaskan di bawah Aifa bersama-sama beberapa kawan-kawan yang lain bagi menyediakan pencuci mulut (dessert) iaitu fruit tart. Saya dan kawan setugas diberi tugasan bagi menyiapkan segala persiapan bagi buah-buahan yang bakal digunakan. Terdapat 3 buah yang digunakan iaitu kiwi, peach dan anggur. Setiap kesalahan akan saya jadikan pengajaran seperti sebelum ini. Pada kali ini saya telah terlebih mengupas bagi buah kiwi kerana pada mulanya saya agak 1 buah akan dibahagi 8. Namun rupanya 8 bahagian merupakan sebelah buah sahaja makanya 1 buah kiwi akan mempunyai 16 bahagian. Namun, saya sempat menyedarinya dan telah membungkus lebihan itu di masukkan ke dalam peti ais. (chiller). Saya amat gembira kerana saya telah diberi tugasan bagi menyediakan dessert yang amat berlainan dengan tugasan saya pada minggu-minggu lepas. Saya yakin akan menggunakan setiap ilmu yang saya dapat hari ini dan akan saya praktikkan di masa akan datang.



0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by My Site.
DO NOT COPYRIGHT

bottom of page