HUDA AMANI BINTI HUZAINI (A18PP0037)
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_3faa184b196a47fea129e339a33e527c~mv2.jpg/v1/fill/w_679,h_934,al_c,q_85,enc_auto/e94893_3faa184b196a47fea129e339a33e527c~mv2.jpg)
DINE A REFLECTION
Pada amali pada kali ini, saya ditugaskan untuk membantu rakan dari kumpulan Bumbung Melayu. Melalui subjek ini, saya mempunyai banyak pengetahuan tentang cara menyediakan makanan, cara mengendalikan tetamu dengan hormat. Pengkhususan ini lebih kepada kemahiran, kami melakukan lipat napkin, gubahan bunga, dan skirting meja. Kumpulan ini menyediakan masakan bertemakan konsep melayu. Kerjasama yang ditunjukkan oleh seluruh kelas sangat baik dan ini memudahkan kerja sekaligus melancarkan aktiviti pada hari ini. Subjek ini sangat menyeronokkan kerana saya mempunyai banyak pengalaman dan dapat meningkatkan kemahiran saya bagi penyediaan restoran
DINE B REFLECTION
Pada minggu ini, saya ditugaskan dalam unit penyediaan pencuci mulut, saya telah belajar banyak tentang cara menyediakan pudding trifle mengikut bilangan yang dikehendaki. Untuk menyusun base pudding, potongan yang tepat disesuaikan mengikut bekas yang digunakan untuk penyediaan pencuci mulut. Saya dan rakan-rakan berjaya menghasilkan kastard yang mempunyai tekstur yang baik dan tidak berketul. Selain itu, saya telah mempelajari kaedah plating dessert yang cantik dan menarik. Saya tidak sangka dapat menghasilkan dessert yang sedap dan cantik. Sepanjang amali pada minggu ini, rakan-rakan saya sangat komited dan ini melancarkan perjalanan amali pada hari itu.
FREE MEAL REFLECTION
Pada minggu ini, saya telah ditugaskan untuk membantu Hakimi menyediakan nasi kerabu. Saya mempelajari satu kemahiran baharu dimana penyediaan nasi kerabu buat pertama kali. Dengan menggunakan air bunga telang yang telah direndam, nasi yang dihasilkan menjadi warna kebiru biruan seperti yang dikehendaki dalam penghasilan nasi kerabu. Kerjasama daripada rakan-rakan melalui amali freemeal by Saadong Cafe dapat dilihat apabila segala yang dirancang dapat diselesaikan dengan baik. Masa bagi menghasilkan semua hidangan adalah mencukupi. Saya berharap segala kemahiran yang dipelajari melalui amali ini dapat di aplikasikan dalam kehidupan saya.
Opmerkingen