top of page
Search

Refleksi Mohamad Faisal

MOHAMAD FAISAL BIN AHMAD ZAMRI

A18PP0035


REFLEKSI DINE IN A

Pada amali minggu ini, saya telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan Amirah Nasuha dalam menghasilkan pencuci mulut iaitu sagu gula melaka. Untuk amali ini juga, saya telah mendapat ilmu baru iaitu cara dalam membuat sagu gula melaka. Terdapat beberapa cara dalam membuat sagu melaka antaranya gula melaka perlu didihkan terlebih dahulu dan disimpan ke dalam chiller. Selain itu, sagu perlu didihkan sehingga sagu tidak kelihatan berwarna putih. Seterusnya, sagu tersebut perlu dibilas dengan air bagi menghilangkan sedikit melekit pada sagu tersebut. Ini merupakan satu pengalaman yang baru dalam kehidupan saya dalam membuat sagu gula melaka ini. Setelah siap masukkan sagu kedalam bekas yang bersesuai untuk dihidangkan kepada tetamu. Saya juga turut membantu kawan-kawan lain dalam membuat penyediaan contohnya mengoreng udang dan mengoreng nasi goreng kampung. Saya berasa sangat gembira dengan adanya subjek ini kerana dapat mengeratkan lagi hubungan kami antara satu sama lain apabila wujudnya sikap saling tolong menolong.


REFLEKSI DINE IN B

Pada amali minggu ini, saya telah memegang jawatan sebagai seorang pengurus (FOH). Saya perlu memastikan semua peralatan yang diperlukan seperti alas meja, pinggan, sudu, garfu, cawan dan kain napkin dalam keadaan yang baik, bersih dan menarik. Selain itu, saya juga perlu memastikan perjalanan sebelum majlis Dine In bermula segalanya telah siap disusun. Oleh itu, saya telah membahagikan tugasan kepada kawan-kawan saya supaya dapat berjalan dengan lancar dan dapat menyiapkan dengan kadar yang segera. Saya juga telah diajar oleh Dr Nadzirah tentang bagaimana cara untuk menyediakan makanan dan mengambil pinggan setelah tetamu siap menjamu selera. Saya juga turut diajar cara untuk membuat pesanan kepada pihak pengurusan dapur dengan menyatakan “four more soup for table A”. Saya berasa sangat gembira kerana semuanya berjalan dengan baik dan tetamu juga sangat menikmati makanan dan perkhidmatan yang telah kami berikan.


REFLEKSI FREEMEAL

Pada amali minggu ini, saya telah ditugaskan untuk membantu Asyraf dalam menyediakan ikan goreng. Setelah tiba di makmal masakan saya telah menolong ahli kumpulan Asyraf memasak kuah rendang. Setelah kuah rendang siap, ayam goreng dimasukkan dan saya perlu mengaul kesemuanya sehingga sebati. Selain itu, pada amali ini juga saya turut membuat penyediaan makanan untuk diedarkan kepada pelajar SOE dan juga kepada pelajar di kediaman KRP. Dalam pada masa yang sama, saya telah mempelajari satu nilai murni di mana kita perlu bersikap ramah mesra dengan masyarakat lain walaupun berbeza agama dan latar belakang pendidikan. Ini adalah sangat penting bagi melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang. Dalam amali ini juga semangat bertolak ansur sangat dititikberatkan dimana setiap orang memainkan peranan dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan.

0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Post: Blog2_Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2021 by My Site.
DO NOT COPYRIGHT

bottom of page