![](https://static.wixstatic.com/media/6fee96_04f5f15276b84035a7b99eeae8a51c0e~mv2.png/v1/fill/w_980,h_551,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/6fee96_04f5f15276b84035a7b99eeae8a51c0e~mv2.png)
Kumpulan kami telah diberikan tugasan untuk mengendalikan konsep dine-in dengan bertemakan Nero e di Classe yang bermaksud black and classy.
![](https://static.wixstatic.com/media/6fee96_72dd6e85bd364ec9873444eaeb227cfd~mv2.png/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/6fee96_72dd6e85bd364ec9873444eaeb227cfd~mv2.png)
Kami terdiri daripada 6 orang ahli dan dibantu oleh tenaga pengajar Pn. Erna dan penyelia Ayshaheerah bagi back of house kitchen Nero e di Classe Restaurant. Bagi back of house kami perlu menyediakan 5 course meal + 1 coffee & tea. Setiap hidangan perlu menyediakan kuantiti sebanyak 15 hidangan untuk para tetamu yang hadir. *Untuk kesemua resepi boleh dapatkan di post Additional Info: Recipe of 5 Course Meal
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_bd610b933f764d699bd13e01e2f2d914~mv2.png/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/e94893_bd610b933f764d699bd13e01e2f2d914~mv2.png)
Persiapan hidangan yang awal adalah minuman untuk pelanggan. Bahagian ini diketuai oleh Chef Famirah dan dibantu oleh Asraf bagi menyediakan pati minuman. Minuman ini adalah Sparkler Lemonade Soda dan perlu dihidangkan awal bagi dihantar terus pada pelanggan yang hadir.
![](https://static.wixstatic.com/media/6fee96_e4da08cd6ce442e98e4f18042203a264~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_859,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/6fee96_e4da08cd6ce442e98e4f18042203a264~mv2.jpg)
Bagi penyediaan hidangan appetizer adalah Mango Prawn Salad yang disediakan oleh Chef Daniel. Beliau juga dibantu oleh Chef Ridhwan yang akan memudahkan lagi proses penyediaan makanan.
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_6d2ee44144ef4094bb5155db7297e51c~mv2.png/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_90,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/e94893_6d2ee44144ef4094bb5155db7297e51c~mv2.png)
Sepanjang penyediaan hidangan Mango Prawn Salad, disini saya ingin menyatakan bahawa proses penyediaan adalah sukar disebabkan saya perlu memastikan bahan seperti mangga yang telah dipotong dalam keadaan tidak berair dimana saya perlu meletakkan di dalam chiller biarkan dalam keadaan sejuk.
Selain itu, udang yang dicelur perlu dibuat dengan kaedah yang betul. Dimana selepas udang dicelur didalam didihan air panas perlu di masukkan terus ke dalam bekas berisi ais dan air. Ini bagi memastikan isi udang tidak lembik dan hancur semasa proses mengaul.
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_2386bfa291c8430eba3606c0f8013fab~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_616,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/e94893_2386bfa291c8430eba3606c0f8013fab~mv2.jpg)
Manakala, hidangan kedua adalah soup yang diketuai oleh Chef Ayshaheerah dan dibantu oleh Iswandi. Hidangan ini adalah Pumpkin soup with Crouton. Bahan utamanya adalah labu manis dan lobak merah untuk menaikkan rasa lemak manis. Sepanjang proses penyediaan soup ini, pelbagai ilmu yang dipelajari antaranya mengenalpasti ciri-ciri keempukan bahan sebelum dikisar menjadi soup. Hasil kerjasama bersama Iswandi memudahkan saya untuk mengurus masa dengan baik dan dapat menolong rakan lain semasa penyediaan makanan dijalankan. Mencorakkan dengan heavy cream pada atas soup juga adalah salah satu kemahiran baru untuk saya dan Iswandi.
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_0b33a54ae72c4e69a7fffb28e531f850~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_871,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/e94893_0b33a54ae72c4e69a7fffb28e531f850~mv2.jpg)
Main dish iaitu Spaghetti Aglio Olio with Chicken Black paper Grill yang di ketuai oleh Chef Farah dan dibantu oleh Wan Syakirah dan Hanis bagi penyediaan ini. Proses penyediaan memerlukan dua orang pembantu masakan kerana ayam terlebih dahulu perlu dibersihkan dan diperapkan sebelum dibakar. Selain itu, bahan-bahan lain bagi proses penyediaan hidangan utama iaitu spaghetti turut disediakan sebelum dimasak.
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_b9ce384ef10f46debe9000ed887ef349~mv2.jpg/v1/fill/w_957,h_1062,al_c,q_85,enc_avif,quality_auto/e94893_b9ce384ef10f46debe9000ed887ef349~mv2.jpg)
Akhir sekali iaitu dessert yang diketuai oleh Chef Huda dan dibantu oleh Hakimi. Sepanjang penyediaan dilakukan Puan Erna iaitu tenaga pengajar kami sentiasa memastikan hasil bancuhan puding kastard sebati, licin dan tidak berketul. Dessert ini perlu disiapkan terlebih awal dan perlu disimpan di dalam chiller bagi memastikan dessert ini segar dan sejuk semasa dihidangkan pada pelanggan.
![](https://static.wixstatic.com/media/e94893_e99f673ec49f46eab09defce0b56f14c~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/e94893_e99f673ec49f46eab09defce0b56f14c~mv2.jpg)
Produk akhir
Comments